
Ramadan akan pergi meninggalkan kita tidak lama lagi. Bagi umat Islam pastinya merasakan suatu kehilangan apabila perginya Ramadan, tetapi lebih malang lagi buat sesetengah daripada mereka yang melihat Ramadan ini sekadar bulan menahan diri dari makan dan dahaga. Dimana Ramadan itu tidak dilihat sebagai bulan untuk mengumpul kekuatan, baik kekuatan rohani mahupun kekuatan emosi. Kerana di bulan ini la, umat Islam menumpukan diri dalam ibadah-ibadah yang membangun rohani dan emosi umat islam dan antara yang terbesar juga di dalam Ramadan ini ialah malam lailatul qadr di mana ia menjadi satu fokus mu’minin dalam memburunya.
Maka cabaran untuk seorang mu’min adalah sejauh mana mengekalkan kekuatan yang sudah dibina sepanjang Ramadan ini. Untuk mereka yang benar-benar memahami sumber kekuatan seorang mu’min, dia akan sangat menghargai al-quran dan melihat al-quran itu sebagai suatu yang urgent dalam membekalkan terus kekuatannya sepanjang bulan yang mendatang. Persoalannya bagaimana kita menyingkap kekuatan tersebut?
Para sahabat menunjukkan qudwah yang agung dalam hal ini, kerana mereka ditarbiah untuk berinteraksi bersama al-Quran dengan betul dan hasilnya kita lihat generasi sahabat di iktiraf sebagai sebaik-baik generasi. Syed Qutb menggariskan method interaksi yang ditunjukkan sahabat adalah :
“انه والله لو كان موسى حيا بين أظهركم ما حل له الا أن يتبعني”
” Demi Allah sekiranya Nabi Musa masih hidup
bersama-sama kamu sekarang pun, tidak pantas baginya melainkan pasti mengikuti
ajaranku.”
Selain qudwah dari sahabat, al-Quran juga ada menjelaskan syarat untuk kita membangun kekuatan melalui al-Quran itu sendiri , Allah berfirman :
(إن في ذٰلك لذكرىٰ لمن كان له قلب أو ألقى السمع وهو شهيد) [ق: ٣٧]
“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati , atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya”
Ibnu Qayyim menyebut apa yang membuatkan seseorang itu merasai kesan al-Quran adalah apabila hati seseorang itu hidup dan tidak mati, memberikan tumpuan ketika mendengar al-Quran dengan merasai sepenuh perasaan dan menghadirkan diri dengan meneliti setiap kalam al-Quran itu. Ibnu Qutaibah pula menyebut mendengar al-Quran itu perlu kepada hati yang hidup dan kefahaman. Dengan erti kata lain, penghalang kepada seseorang untuk membina kekuatan dari al-Quran ialah hati yang lalai dan tidak ada usaha dalam memahami ayat-ayat Allah ini.
Jadi jelas untuk kita lihat, persediaan utama dalam menyingkap kekuatan al-Quran adalah dengan menyiapkan diri yang bersih dan usaha memahami setiap kalamullah itu. Disamping berinteraksi dengan al-Quran sepertimana para sahabat tunjukkan dalam lebaran sejarah. Usaha ini harus dijadikan parioriti utama buat seorang mu’min kerana ia adalah petunjuk dan berpegang dengannya tidak akan sesat selamanya. Momentum yang dibina sepanjang Ramadan harus diteruskan dengan usaha mendalami dan merasai setiap mesej yang terkandung di dalam al-Quran, kerana itulah satu-satunya cara untuk umat Islam membangun semula kekuatan tamadun. Wallahu a’lam.

Akhukum Fillah
Wan Ahmad Fathin bin Wan Johari
Pengerusi Isma Mesir