Blog Isma Mesir

Isma Mesir Hadir Majlis Iftar Jamaie Sejuta Barakah Ramadan 7.0 Anjuran HaluanSiswa Mesir

March 3, 2026

KAHERAH, 26 Februari 2026 – ISMA Mesir bersama menghadiri jemputan ke Majlis Iftar Jamaie Sejuta Barakah Ramadan 7.0 anjuran HALUANSiswa Mesir bersama MUHIM Mesir dengan kerjasama Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM).

Majlis yang berlangsung di Asrama Kenyalang Sarawak, Hayy Asyir itu menghimpunkan seramai 100 mahasiswa di Mesir menggabungkan beberapa wakil persatuan termasuk Majlis Perundingan Mahasiswa Mesir (MP3M), Rakan Siswa YADIM Mesir (RSY Mesir), Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Mesir (ABIM Mesir), Kelab IKRAM Mesir (KIM), dan Kelab Umno Luar Negara Mesir (KULN).

Program turut diserikan dengan Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Menteri Penasihat (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) yang menyentuh tentang kepentingan menghidupkan budaya Al Quran melalui tadabbur dan tafakkur khususnya sepanjang bulan Ramadan.

ISMA Mesir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua persatuan yang menjayakan program ini dan berharap usaha seperti ini perlu diteruskan bagi mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mahasiswa lebih lagi di bulan Ramadan ini.

#ismamesir #jiwakuatpimpinmasyarakat

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

Selamat Berjuang dan Berbakti Di Tanah Air

KAHERAH, 15 Januari – Selepas menamatkan pengajian selama empat tahun di Universiti Al-Azhar, Ustaz Ammar Zikri bin Shaharuzaman kini melangkah pulang ke tanah air bagi meneruskan perjuangan dan khidmat bakti…
Baca Lagi