
Kehidupan kita seharian tak dapat lari dari berinteraksi dengan hati.
Hati yang sejahtera, ianya bersih dari segala syahwat. Hati yang mati, kosong dari kehidupan dan tidak mengenal Tuhannya.
Bagaimana pula dengan hati yang keras?
Kata Ibn Qayyim;
“Tidaklah seorang hamba mendapat hukuman yang lebih berat daripada hati yang keras dan jauh dari Allah.”
Allah SWT berfirman (yang bermaksud), “Sungguh celaka orang-orang yang berhati keras dari mengingati Allah, mereka itu berada dalam kesesatan yang amat nyata.” (QS. Az-Zumar: 22).
Nah, hati yang keras itu rupanya sebuah hukuman dari Allah. Untuk siapa? Untuk kita yang lalai lah.
Kalau sebelum ini kita anggap jatuh miskin itu merupakan hukuman dari Allah, maka kita silap. Hati yang keras itu lebih azab dari kesusahan kemiskinan di sisi Allah.
Boleh jadi Si Miskin itu lebih mulia jika hatinya suci dan hidup!

Kadang-kadang kita tak perasan pun hati kita semakin mengeras. Semakin lama kita hidup, boleh jadi kita tak perasan pun solat kita semakin kurang khusyuk. Dari mula takbiratul Ihram, sehinggalah memberi salam, fikiran kita singgah di merata-rata tempat.
‘Eh, lepas ni meeting dengan si Jali tu aku tak siapkan lagi homework. ‘
‘Oh lupa jugak nak bagitau isteri aku minta masakkan awal sebab malam ni aku ada usrah’
‘Teringat pulak phone Aiman tadi. Murah dan berbaloi. Phone aku pun nazak dah ni boleh dah slow-slow tukar’
… tanpa kita sedar, kita dah berada di tahiyyat akhir. Malang sungguh buat kita yang solatnya entah ke mana. Sekadar rutin. Adat kosong.
Antara tanda-tanda lain hati yang keras adalah;
Untuk itu, usah kita mendabik dada angkat diri sebagai pejuang agama, kalau hati masih sama berada di takuk yang lama.
Oh dunia hari ini penuh dengan trend YOLO atau ‘You Only Live Once’.
Jadi, kita pun hanyut dengan trend makan berlebihan, trend sentiasa mahukan keseronokan dan akhirnya tanpa kita sedari, semakin hilang semangat kita dalam aktiviti-aktiviti dakwah. Kita terbawa-bawa dalam arus hidup untuk dunia sedang kita lupa kita semua punya akhirat.
Mu’adz bin Yahya pernah berkata;
مَنْ كَثُرَ شِبَعُهُ كَثُرَ لَحْمُهُ وَمَنْ كَثُرَ لَحْمُهُ كَثُرَ شَهْوَتُهُ وَمَنْ كَثُرَتْ شَهْوَتُهُ كَثُرَتْ ذُنُوْبُهُ وَمَنْ كَثُرَتْ ذُنُوْبُهُ قَسَا قَلْبُهُ وَمَنْ قَسَا قَلْبُهُ غَرِقَ فِي اَفَاتِ الدُّنْيَا وَزِيْنَتَهَا
“Barang siapa yang banyak kenyangnya (makan) maka banyak dagingnya, dan barang siapa yang banyak dagingnya besar syahwatnya, dan barang siapa yang besar syahwatnya maka banyak dosanya, dan barang siapa yang banyak dosanya maka keras hatinya, dan barang siapa yang keras hatinya maka tenggelam dalam bahaya dunia dan keindahannya”. Semakin banyak kita makan, semakin keras hati, semakin luntur himmah dan semangat dalam diri kita. Tenggelam dan hanyut dalam dunia dan keindahnnya.
Inilah yang disebut berlebihan dalam perkara harus (mubahat). Makan berlebihan, tidur berlebihan, hiburan berlebihan.
Lalu kita salahkan masyarakat yang tidak menerima dakwah kita?
Atau sebenarnya kita yang belum muhasabah diri tanya iman di hati sejauh mana kita menjaganya dari segala bisikan syaitoni?

Akhirnya apa yang kita boleh buat?
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك
Ya Allah, yang membolak-balik hati kami, tetapkanlah hati-hati kami pada agamaMu dan jalan ketaatanMu!
Uqbah bin Zaidi Kuliah Perubatan Tahun 5, Universiti Kaherah.