Blog Isma Mesir

Akal bukanlah penghukum tetapi ia adalah alat untuk memahami hukum – Ustaz Syamil Esa

August 25, 2016

ustsyamil
MADINAH NASR, 25 Ogos – “Yang menentukan hukum syarak adalah Allah. Adapun akal bukanlah penghukum tetapi ia adalah alat untuk memahami hukum. Bila akal bersih, barulah boleh beza buruk dan baik. Maka apabila ia bersih, ia berdekatan dengan taqwa,” terang Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa, mahasiswa Master Usul Fiqh Universiti Al-Azhar semasa kelas Usul Fiqh siri ke-2 anjuran Isma Mesir Syukbah Madinah Nasr.

Tambah beliau, ulama memberikan contoh pengharaman arak yang pada awalnya tidak haram dan tidak berdosa jika diminum. Tetapi apabila turunnya wahyu bahawa ia haram, maka ketika itu dikira berdosa jika diminum walaupun ada manfaat padanya jika difikirkan akal.

Beliau turut mengaitkan dengan puak liberal yang mengagungkan penggunaan akal hingga mengenepikan dalil syarak dalam perkara berkaitan hukum hakam agama.

Kelas bersiri Usul Fiqh ini membedah kitab bertajuk Al-Wadhih Fi Usul Fiqh karangan Dr. Muhamad Sulaiman Al-Asyqar. Hampir 50 mahasiswa dari pelbagai latar belakang turut hadir ke kelas bersiri ini yang bertempat di Pejabat Isma Mesir Hayyu Asyir, Kaherah.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini