Blog Isma Mesir

‘Vape’ Bukan Solusi Untuk Berhenti Merokok

January 31, 2016

photo_2015-11-23_18-38-41

 

MADINAT NASR,25 NOVEMBER – Gejala vape yang kian merebak di Malaysia baik di kalangan lelaki mahupun wanita berpunca daripada sebahagian masyarakat yang mengambil mudah tentang hukum-hakam dalam Syariat Islam.Sehubungan dengan itu Isma Mesir syukbah Madinat Nasr telah menganjurkan Kelas Tafaqquh yang bertajuk ‘Vape:Hukum Syarak vs Keinginan Nafsu’.

Kelas Tafaqquh kali ini bertujuan untuk menerangkan secara terperinci tentang pengambilan vape dari pandangan syarak serta kesihatan menurut pandangan saintifik.

‘Satu kemudaratan tidak dapat dirawat dengan perkara yang juga memberi mudarat’ ,tegas Saudari Husna Abdul Halim,penuntut tahun empat Fakulti Syariah Islamiyyah di Universiti Al-Azhar juga penuntut tahun tiga Fakulti Perubatan di Universiti Ain Shams.

Beliau turut membidas hujah pendapat yang mengatakan vape adalah satu alternatif lain untuk merawat perokok dengan bukti pertambahan bilangan perokok yang semakin meningkat saban hari.Dalam pada itu beliau turut mengemukakan hujah dari sudu saintifik bahawa vape lebih berbahaya berbanding dengan rokok.

Justeru,beliau menyeru seluruh mahasiswa Mesir umumnya agar menjadi duta ilmu dalam bidang masing-masing agar dapat disumbamgkan kepada masyarakat.Kelas bermula seusai maghrib dan selesai sekitar jam 7 malam dengan sambutan majlis perpisahan buat dua aktivis Isma Mesir yang bakal pulang ke Malaysia.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini