
MADINAH NASR, 13 April : “ Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan redha ataupun senang hati selagimana umat Islam tidak mengikut agama mereka”, kata panel pertama, saudari Madeeha Syaheedah Binti Hisyamudin, mahasiswi perubatan tahun 3 Universiti Al-Azhar dengan penuh semangat.
“Secara globalnya kristianisasi ini dimulakan oleh tokoh falsafah yang bernama Raymond Lul . Penyebaran ini telah bermula sebelum kerajaan Sepanyol muncul. Walaupun sudah berlangsung beberapa kali siri penangkapan keatasnya, Ramond Lul ini tetap terus menjalankan dakyahnya kepada orang Islam”, tambahnya lagi.
Menurut beliau lagi , strategi mereka untuk memurtadkan orang Islam adalah dengan mereka mahir berbahasa arab semata-mata hanya untuk menghancurkan agama Islam. Mereka juga cuba memasuki negara Melaysia dengan mendalami dan hidup dalam budaya melayu itu sendiri.
ISMA Mesir cawagan Madinah Nasr dalam usaha menyedarkan mahasiswi supaya cakna mengenai pergolakan aqidah di Malaysi dan juga agenda kristianisasi ini. Forum ‘Isu Kalimah Allah :Agenda Kristianisasi’ ini telah dijalankan di Dewan Jawa Barat(JABAR) dekat Hayyu Asyir pada 9 haribulan yang lepas.
“Di sini kita dapat lihat, mereka cuba mewujudkan kekeliruan keatas bangsa melayu. Apabila mereka guna kalimah Allah dalam lagu dan sebagainya, ini memudahkan lagi untuk orang melayu untuk membaca Bible. Inilah taktik kotor yang cuba mereka lakukan”. tambah beliau lagi.
“Apabila kita membaca surah Al-Ikhlas, akhirnya kebergantugan kita hanya pada Allah sahaja dan Allah menekan sebanyak dua kali kalimah Allah dalam surah ini, supaya kita dapat bezakan akidah kita dengan akidah orang kafir.” Ujar panel kedua, saudari Aisyah Binti Rosli penuntut tahun kedua Fakulti Syariah Islamiiyyah Universiti Al-Azhar.
Tambah beliau juga, kaedah syara’ yang digunakan ialah dengan menutup pinti-pintu kefasadan (as saddu zarai’). Penggunaan kaedah ini sangat sesuai dan relevan dalam isu kalimah Allah. Hal ini kerana, agenda kristianisasi untuk memurtadkan bangsa melayu sangat banyak. Malah mereka menggunakan pelbagai taktik dan rancagan yang halus bagi menghancurkan agama Islam.
Justeru itu, ISMA Mesir menyeru semua mahasisiwi Malaysia di Mesir tanpa mengira latar belakang jurusan pengajian mahupun persatuan agar mengambil berat mengenai isu-isu yang berkaitan maslahat umat Islam di Malaysia dan berfikiran dengan lebih meluas dan terbuka, Bukannya hanya berfikir dengan skop pemikiran yang kecil yang hanya berlegar di sekeliling diri sendiri sahaja.