Blog Isma Mesir

Feminisma Salah dan Bermasalah, Langgar Syarak

March 11, 2014

jloighihoiughkoi

 

TANTA, 11 Mac : Desawarsa perjuangan hak asasi wanita atau feminisma sering menjadi caturan. Malangnya, pejuangan ini sering kali dipelopori oleh golongan wanita tanpa latar belakang pendidikan agama yang kukuh dan pegangan Islam yang jelas. Maka, perjuangan feminisma terutama di Malaysia kian bercorak liberal dan bercanggah dengan tuntutan syarak.

Melihat kepada suasana di Malaysia, gerakan feminisma dilihat lebih menekankan aspek humanisma yang berpaksikan hawa nafsu berbanding menifestasi iman terhadap Islam selain usaha membela wanita yang ditindas dan menuntut hak kepada penyalahlaku terhadap mereka.

“Ideologi feminisma memang salah pada dasarnya dan bermasalah kerana menuntut hak sama rata antara kaum lelaki dan perempuan malah sebenarnya menuntut lebih daripada yang sepetutnya. Tiada istilah hak sama rata antara lelaki dan perempuan dalam Islam kerana kedua-duanya mempunyai hak yang berbeza dan istimewa” dakwa Ustazah Fadhlin Sakinah Binti Husaini, penuntut tahun ketiga di Fakulti Ulum Islamiyyah Universiti Al-Azhar merangkap Timbalan Ketua Wanita ISMA Mesir apabila disoal wartawan ISMA Mesir.

Tambahnya pula, terdapat salah anggap sesetengah pihak yang mendakwa bahawa feminisma ada baiknya akan tetapi tidak perlu diperjuangkan dan ini disangkal oleh Ustazah Fadhlin yang mengesyorkan bagi sesiapa yang ingin memperjuangkan hak wanita agar merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah kerana di dalamnya sudah diperjuangkan hak istimewa wanita dan termaktub segala panduan melaksanakannya.

Oleh itu, ISMA Mesir cawangan Tanta telah mengambil inisiatif menjayakan diskusi Hi-Tea bertemakan ‘Superwoman In Action’ bertujuan untuk membongkar agenda disebalik gerakan humanisma di samping kepentingan menentang COMANGO, feminisma dan liberalism pada 8 Mac yang lalu.

Sukacitanya, mahasiswi yang hadir memberikan respon yang sangat baik dan sepakat untuk membantah fahaman-fahaman songsang tersebut serta menyebarkan semangat ini kepada masyarakat. Hal ini menonjolkan sikap prihatin dan responsif para mahasiswi Malaysia di Mesir terhadap peranan muslimah berkaliber dalam mencorak gaya pemikiran kaum hawa terutama di Malaysia agar kembali kepada maksud sebenar keistimewaan wanita yang tertera dalam syarak.

Di samping itu, ‘Superwoman In Action’ yang telah diadakan semalam juga merupakan salah satu medium untuk mempromosikan Hari wanita Islam (HARWANIS) anjuran ISMA Mesir  yang akan berlangsung pada 14 Mac akan datang yang bakal menampilkan Ustazah Norakhilah Baharin, Ketua Wanita ISMA Perak dan Puan Amie Sofea, pengacara TV Al-Hijrah.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini