Blog Isma Mesir

Pendekatan Melayu Islam Bukan Takat Sejarah

February 17, 2014

IMG_3631

MADINAH NASR, 17 Februari : “Mulakan dengan melayu dahulu kerana ini sangat penting” tegas Ustaz Muhammad Daud Bin Ashaari, penuntut tahun dua di Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar cawangan Mansourah kelmarin.

Hal ini selaras dengan seruan ISMA dalam ‘Melayu Sepakat Islam berdaulat’ (MSIB) yang mengambil pendekatan untuk menyedarkan bangsa melayu akan kebolehan bangsa tersebut jika sepakat untuk mendaulatkan Islam di Malaysia.

Ustaz Muhammad Daud juga menjelaskan bahawa bangsa melayu pada dahulunya merupakan bangsa yang gilang gemilang dan hal ini boleh dibuktikan dengan peninggalan sejarah seperti Jong Melayu dan Lela Rentaka yang menceritakan kejayaan zaman kesultanan Melayu Melaka. Menurut beliau lagi bangsa melayu  merupakan bangsa induk Tanah Melayu dan bukan datang dari mana-mana tanah yang lain dan ini sekali gus membantah tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa bangsa melayu juga merupakan bangsa pendatang seperti kaum cina dan india di Malaysia.

Menurut beliau juga, buku-buku sejarah yang menceritakan perihal bangsa melayu harus dikaji semula dan ditulis secara sahih dan ilmiah agar generasi muda lebih mengenali kehandalan bangsanya sendiri lantas menjadi pembakar semangat untuk menggapai kembali kegemilangan tersebut.

ISMA Mesir melihat hal ini sebagai satu lagi ruang persepakatan bersama PMRAM dalam mendepani usaha menyedarkan bangsa melayu yang merupakan majoriti penganut agama Islam di Malaysia agar kembali bersatu mendaulatkan tanah air tercinta dengan Islam. ISMA Mesir juga berharap agar semua persatuan mahasiswa di Mesir supaya lebih terbuka dalam perhubungan antara persatuan dan saling bekerjasama dalam mengislah umat.

Ustaz Muhammad Daud merupakan panelis wacana Kegemilangan Melayu Islam Melaka anjuran PMRAM cawangan Melaka yang bertempat di surau Wisma Seri Melaka dekat sini pada 15 Februari yang lepas.

 

 

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini