Blog Isma Mesir

Habis dan Tamatkah?

February 9, 2013

Pernah mendapat sijil penyertaan? Biasanya kita akan dapat sijil untuk menandakan bahawa kita sudah menamatkan suatu penyertaan dalam sebuah program, bukan? Ataupun sebab kita adalah membuat jasa dan bakti ataupun cemerlang dalam studi dan macam – macam lagi .

 

Selalunya di sekolah-sekolah pastinya ada pertubuhan yang berunsurkan dakwah sebagai contoh, badan dakwah, persatuan agama islam dan apa-apa persatuan yang menggunakan nama islam untuk kegiatan kokurikulum di sekolah. Tujuannya lebih kepada melatih para pelajar untuk aktif dalam kepimpinan dan bukan sekadar bergiat aktif di dalam pembelajaran di dalam kelas sahaja.

 

Murobbi(guru) saya pernah ketengahkan satu isu mengenai mereka yang mengikuti kursus atau program dakwah yang berbentuk semasa( seperti kem dakwah atau kem naqib ) dan selepas habis program, pastinya mereka akan dianugerahkan sijil sebagai tanda mereka sudah berjaya menamatkan program tersebut selama program tersebut berjalan.

 

Namun, timbul suatu persoalan. Adakah mereka cukup terhenti sehingga di situ sahaja? Balik rumah, penat, rehat dan tidur . Keesokannya sambung pergi ke sekolah, kerja dan sebagainya.

 

Sebenarnya dakwah itu bukan cukup sekadar kita pergi ke program dakwah sahaja, atau pergi ke usrah sahaja. Bahkan dakwah itu sebenarnya tiada istilah graduasi. Contoh yang paling jelas ialah ketokohan Rasulullah SAW yang telah berdakwah sepanjang hayatnya. Malah, Baginda SAW berdakwah bukanlah berada di zon yang selesa pun. Setiap hari, ada sahaja masalah yang melanda.

 

Tambahan lagi, dakwah itu seperti yang saya sebutkan tidaklah berpada dengan mengikuti sahaja. Kalau disebutkan dakwah sifatnya ialah harakah iaitu bergerak dengan cara menyampai dan mempraktikan segala amal yang telah difahami dan diketahui.

 

Seseorang yang telah menyerahkan dirinya kepada jalan dakwah haruslah reda akan segala keperitan dan kepahitan yang bakal ditelan dan dihadapi. Mengikut Syeikh Mustafa Masyhur,

 

“Jalan dakwah itu bukanlah jalan yang dibentang dengan bunga-bunga tetapi penuh duri dan onak. Apabila sudah berdiri di atas jalan ini, segala keindahan tidaklah akan terbayangkan melainkan keindahan syurga.”

 

Seorang akh ketika berbual dengan saya, berkata :

 

“Kalaulah orang bertanya kepada ana sampai bila ana nak ikut program(ikut dakwah), maka ana akan jawab, ana akan berprogram sampai mati”

 

Sidang pembaca yang budiman ,

 

Menyerahkan diri kepada Allah adalah suatu perkara yang menjadi kemestian bagi seorang hamba yang tawaduk dan merendahkan diri di hadapanNya. Saudara sendiri tahu takrifan Islam itu ialah menyerah manakala muslim pula bererti orang yang menyerah.

 

Kita menyerah dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak dan, penyerahan diri yang paling besar ialah menyerahkan seratus peratus diri kita untuk agama Allah, dengan usaha untuk memakmurkan segala perintahnya di seluruh pelusuk bumi. Itulah yang dikatakan bahawa manusia itu “khalifah” di muka bumi.

 

Maka, seseorang yang berhajat untuk melibatkan diri dalam kegiatan dakwah hendaklah bercita-cita untuk memastikan Islam itu akanmenang suatu hari nanti dan membuatkan seluruh manusia tunduk di bawah kuasa Islam. Tolakan yang paling kuat untuk itu , ialah ganjaran mati syahid yang sangat sangat besar kelebihannya. Mati yang tiada hisab ke atas si mati . Belum pun jumpa kiamat sudah mendapat kemuliaan.

 

Sekian, sedikit perkongsian daripada seorang saudara yang sentiasa berada di sisimu.

 

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini