3 ahli ISMA Mesir martabatkan seni tulisan khat

 3 ahli ISMA Mesir martabatkan seni tulisan khat

KAHERAH, 16 Oktober : 3 ahli aktif ISMA Mesir yang sentiasa giat dalam aktiviti ko-korikulum di samping cemerlang dalam akademik telah berjaya menyertai Arabic Calligraphy Exhibition by ASEAN Students In The Republic Arab of Egypt 2015 yang telah diadakan di Zamalek pada minggu yang lalu, dengan menghantar karya khat masing-masing.

 

Mohd Hanif Bin Jemeli bersama karyanya Khat Diwani
Mohd Hanif Bin Jemeli bersama karyanya Khat Diwani

Mohd Hanif Bin Jemeli, penuntut tahun ke-5 di Kuliah Perubatan Universiti Al-Azhar yang juga merupakan EXCO Tugas-Tugas Khas I-Medik Mesir telah mempamerkan karya beliau sebanyak tiga hasil nukilan. Beliau telah mempamerkan tulisan seni Khat Diwani dan dua karya Khat Riqa’ah. Menurut beliau, khat bukan sahaja sebuah karya seni yang dipapar di dinding-dinding supaya indah mata memandang, malah seni tulisan khat merupakan pemeliharaan kalam-kalam suci Al-Quran. “Carilah peluang dan ruang yang ada untuk menuntut ilmu, asah kebolehan supaya menjadi nilai tambah untuk membina ummah, jadilah rajul yg kuat, optimis dan berdaya saing”, pesan beliau buat mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil.

 

Mohd Qutaibah Bin Ismail bersama karyanya Khat Riqa'ah
Mohd Qutaibah Bin Ismail bersama karyanya Khat Riqa’ah

Mohd Qutaibah Bin Ismail yang merupakan penuntut tahun terakhir di Kuliah Syariah Islamiyyah di Universiti Al-Azhar, turut berjaya memaparkan 3 hasil karya seni tulisan Khat Riqa’ah beliau. Pesan beliau kepada semua mahasiwa dan mahasiswi Malaysia di Mesir, “ambillah peluang-peluang yang terdapat di Mesir, jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja. Sebagai mahasiswa kita perlu menuntut ilmu sebanyak yang boleh agar mampu menjadi orang yang faham dan faqih tentang agama. Belajar la tidak kira apa pun bidang yang diceburi semuanya adalah ilmu Islam kecuali ilmu yg menyesatkan”.

 

Qatrul Aini Binti Ismail bersama karyanya Khat Maghribi
Qatrul Aini Binti Ismail bersama karyanya Khat Maghribi

Qatrul Aini Binti Ismail, yang merupakn saudari kandung Mohd Qutaibah yang kini menuntut di tahun ke-2 Kuliah Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar, juga telah mempamerkan dengan gahnya hasil karya beliau. Qatrul Aini telah menghasilkan seni karya tulisan Khat Maghribi. Kata beliau apabila ditemuramah wartawan ISMA Mesir, “wanita merupakan penyambung legasi pembinaan generasi umat Islam yang agung, maka mempunyai ilmu dalam skop bidang yang luas adalah amat penting. Keberadaan saya dalam bidang seni khat ini menunjukkan tiada had bagi wanita untuk menyerlah dalam pelbagai bidang ilmu”.

“Kita dipilih menjadi umat yang terbaik untuk membina satu generasi yang terbaik. Maka, tak wajarlah orang yg terbaik menjalani kehidupan seperti mereka yang biasa. Jadilah antara golongan terbaik dari semua sudut kerana kita umat terbaik”, tambah Qatrul Aini lagi.

Mereka bertiga merupakan anak murid kepada guru mereka yang dikasihi dan dihormati Ustaz Mubarak Bin Easaam Makarim, anak murid kepada Syeikh Belaid Hamidi.

Comments

comments

admin