Blog Isma Mesir

JAUDAH 2026 MEMERIAHKAN SUASANA AIDILADHA BERSAMA MAHASISWA PERANTAUAN

June 7, 2026

KAHERAH, 30 Mei – Majlis Jamuan Aidiladha ISMA Mesir (JAUDAH 2026) meraikan mahasiswa Malaysia di perantauan untuk mengeratkan ukhuwah serta menyambut kemeriahan Aidiladha bersama-sama walaupun dalam suasana peperiksaan yang sedang berlangsung di seluruh universiti di Mesir sekarang ini.

Turut memeriahkan majlis ialah tetamu kehormat, Ustaz Ameer Ikhwan bin Zaini, Setiausaha Kedua (Hal Ehwal Agama) Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), di samping kehadiran wakil persatuan mahasiswa termasuk Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM), Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Mesir (ABIM Mesir), Majlis Persatuan Anak-Anak Pahang Mesir (MIFTAH), serta MUHIM Mesir.

Majlis turut diserikan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi ISMA Mesir, Ustaz Usaid bin Zaidi. Beliau menekankan bahawa semangat Aidiladha yang berteraskan pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT perlu diterjemahkan dalam usaha melahirkan mahasiswa unggul serta generasi yang bersedia menyumbang kepada agama, masyarakat dan ummah.

Selari dengan tema Korban ISMA Mesir pada tahun ini, “Seikhlas Pengorbanan, Semurni Ikatan”, penganjuran JAUDAH 2026 diharapkan dapat terus menjadi medium yang menghubungkan ukhwah persaudaraan sesama mahasiswa seterusnya menyemarakkan semangat pengorbanan dalam kehidupan.

#Jaudah26
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini