
ABASIYYAH, 5 April : Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan Jawatan Kuasa Pusat, JKP ISMA Mesir yang baharu atas watikah perlantikannya semalam di Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Mesir kali kedua yang telah diadakan di Dewan Malaysia Abasiyyah Kaherah. Perlantikan tersebut telah dijayakan oleh Ustaz Qamarul Naim Bin Mohd Faizal, mantan pengerusi ISMA Mesir sejurus pembubaran JKP bagi sesi 2013/2014.
Berikut adalah senarai Jawatan Kuasa Pusat, JKP ISMA Mesir bagi sesi 2014/2015 :
EXCO-EXCO dalam JKP ISMA Mesir sesi 2014/2015 :
Upacara perlantikan barisan JKP ISMA Mesir sesi 2014/2015 disempurnakan dengan bacaan ikrar dan tandatangan surat pengiktirafan oleh Ustaz Nik Muhammad Rafie Bin Nik Zainal Alam sebagai Pengerusi ISMA Mesir yang baharu serta penyerahan Fail dan Briefcase Pengerusi oleh ustaz Qamarul Naim Bin Mohd Faizal, mantan pengerusi ISMA Mesir. Upacara ini disaksikan oleh lebih kurang 200 para perwakilan dan pemerhati Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Mesir kali kedua serta semua barisan JKP sesi 2014/2015.
Seluruh warga ISMA Mesir mengucapkan tahniah dan selamat berkerja kepada barisan kepimpinan JKP ISMA Mesir yang baharu atas perlantikan. Semoga dapat memacu amal ISMA Mesir dari semua aspek bagi menjayakan misi dan visi ISMA Mesir terutamanya kepada masyarakat mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir. ISMA Mesir juga mengucapkan jutaan terima kasih, sekalung penghargaan sekapur sireh kepada barisan JKP ISMA Mesir bagi 2013/2014 yang lepas atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan selama bertugas.