Blog Isma Mesir

Saff Etihad – HALUAN Mesir 9-6

March 22, 2014

IMG-20140319-WA0002

ZAHRA’, 22 Mac : Buat julung kalinya perlawanan persahabatan bola sepak antara Saff Etihad yang merupakan pasukan bola sepak rasmi bagi ISMA Mesir bertemu pasukan bola sepak HALUAN Mesir di atas padang pada 15 Mac lepas. Perlawanan tersebut telah menyaksikan kelincahan dan kehebatan pemain dari kedua-dua belah pihak bagi meraih kemenangan.

Perlawanan enam sebelah dengan 40 minit masa permainan diselangi lima minit waktu rehat itu berpihak kepada Saff Etihad sebagai juara apabila saudara Andrianto Surijateja Bin Ahmad Badawi  berjaya menjaringkan tiga gol sepanjang perlawanan. Walaubagaimana pun, saingan sengit telah diberikan oleh pasukan bola sepak HALUAN Mesir dan pujian harus diberi atas persembahan mantap mereka pada malam tersebut. Perlawanan tersebut tamat pada jam 11 malam dengan keputusan Saff Etihad 9, HALUAN Mesir 6.

ISMA Mesir dalam siri perlawanan persahabatan bola sepak menemukan pelbagai persatuan mahasiswa, kelab-kelab pelajar dan pasukan bola sepak Malaysia di Mesir. Hal ini bertujuan melaksanakan aspirasi perpaduan dan keterbukaan dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir melalui wasilah sukan selari dengan seruan ISMA Mesir.

ISMA Mesir berharap agar perlawanan ini dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan antara ISMA Mesir dan HALUAN Mesir. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan.

 

 

 

 

 

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini