
Kaherah, 11 Ogos – Setelah selesai hampir lima tahun pengajian Kuliah Ulum Islamiah di Universiti Al-Azhar, Ustaz Ahmad Solahuddeen bin Mohd Asri kini berangkat pulang ke tanah air bagi meneruskan bakti kepada masyarakat
Sepanjang tempoh lima tahun, telah banyak pengalaman dan kejayaan yang beliau perolehi. Antaranya, kejayaan memperoleh Jayyid Jiddan markah keseluruhan bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiyah Syukbah Syariah, Univerisiti Al-Azhar.
Selain cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga aktif dalam perkongsian sukan kesihatan serta mengambil peluang menyumbang tenaga dalam pelbagai program anjuran Isma Mesir yang menjadi wasilah dakwah dalam kalangan mahasiswa Malaysia. Beliau juga banyak menyumbang idea dan tenaga dalam membantu gerak kerja gerak kerja media Isma Mesir, khususnya bahagian video dan fotografi.
Keseimbangan beliau dalam bidang akademik dan aktiviti di lapangan memberi satu contoh yang baik kepada mahasiswa supaya manfaatkan segala ruang dan peluang yang ada di Mesir, bukan sahaja mengejar ilmu di kelas kuliah atau talaqqi, bahkan berusaha mempertingkatkan kemahiran serta pembentukan sahsiah bagi menjadi seorang mahasiswa yang unggul.
Isma Mesir merakamkan penghargaan atas sumbangan beliau sepanjang penglibatan dalam organisasi dan mendoakan agar kejayaan ini menjadi permulaan kepada peranan yang lebih besar dalam khidmat keilmuan dan dakwah di masa hadapan.
#Bfg
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah