Blog Isma Mesir

Pulang ke Tanah Air Demi Berkhidmat kepada Ummah

February 17, 2026

KAHERAH, 3 November 2025 —
Ustaz Ahmad Munir bin Muhammad Luttfi telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, sekali gus menjadi titik bermakna perjalanan tarbiah di bumi Mesir.

Sepanjang tempoh pengajian, Ustaz Ahmad Munir menampilkan sosok peribadi yang berwibawa sebagai mahasiswa Al-Azhar dengan menyeimbangkan tuntutan akademik dan tanggungjawab dakwah. Penglibatannya secara aktif dalam Isma Mesir mencerminkan usaha membina imej mahasiswa yang berdisiplin, berakhlak serta komited kepada amanah ilmu dan masyarakat.

Selain mendalami pengajian ilmu turath dalam bidang syariah, beliau turut memanfaatkan peluang berada di Mesir dengan mengembangkan kemahiran dalam bidang media. Ustaz Ahmad Munir pernah memegang jawatan sebagai Ketua Unit Video & Foto serta Setiausaha Media Isma Mesir sesi 2023/2024, yang memberikan pendedahan luas dalam pengurusan kandungan, dokumentasi program dan penyampaian mesej dakwah secara kreatif dan berkesan.

Menyedari cabaran masyarakat hari ini yang berhadapan dengan kekeliruan pemikiran dan krisis nilai, Ustaz Ahmad Munir bertekad untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui penyampaian ilmu yang sahih serta dakwah yang berhikmah. Beliau melihat amanah ilmu yang diperoleh di Al-Azhar sebagai satu tanggungjawab besar untuk disebarkan dan diamalkan demi membentuk Ummah Fadilah.

Pihak Isma Mesir merakamkan penghargaan atas sumbangan beliau sepanjang penglibatan dalam organisasi dan mendoakan agar kejayaan ini menjadi permulaan kepada peranan yang lebih besar dalam khidmat keilmuan dan dakwah di masa hadapan.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

Selamat Berjuang dan Berbakti Di Tanah Air

KAHERAH, 15 Januari – Selepas menamatkan pengajian selama empat tahun di Universiti Al-Azhar, Ustaz Ammar Zikri bin Shaharuzaman kini melangkah pulang ke tanah air bagi meneruskan perjuangan dan khidmat bakti…
Baca Lagi