Blog Isma Mesir

Isma Mesir Komited Melakar Kecemerlangan

February 28, 2023

Kaherah, Sabtu 25 Febuari 2023, telah berlangsung Majlis Graduasi Kuliah Perubatan Universiti Ain Shams, Abbasiyah Kaherah, Mesir yang melibatkan 17 orang graduan.

Seorang aktivitis Isma Mesir cawangan Madinat Nasr , Saudari Aufa Ilhamie Binti Abdul Rahim berjaya merangkul segulung ijazah sarjana muda dalam bidang Bachelor of Medical and Bachelor of Surgery (MBBS) di majlis ini.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Kedah seorng ahli aktif Isma Mesir yang pernah menjadi setiausaha cawangan Madinat Nasr pada sesi 2019 serta banyak terlibat dalam program kemasyarakatan bersama para mahasiswi di sini.

Isma Mesir sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya buat seluruh graduan perubatan Universiti Ain Shams Abbasiyah dan berharap agar kejayaan ini dapat membakar semangat seluruh mahasiswa lain supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar mampu berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia kelak.

 

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini