
Perkhemahan Musim Panas Isma Mesir (PMPI 2022) telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai aktiviti menarik di bawah satu bumbung bertempat di Ghazala Resort, Matrouh pada 27 hingga 29 September lepas.
Program perkhemahan dan percutian tiga hari itu telah dihadiri seramai 70 peserta yang merupakan penuntut di pelbagai universiti di Mesir termasuk Universiti Al Azhar As Syarif.
Program ini berjaya mewujudkan rasa kebersamaan antara peserta disamping menjadikan ia sebuah percutian manfaat bagi mereka sebelum memulakan sesi pengajian baharu awal Oktober ini.
Disamping itu antara objektif utama yang digariskan pada PMPI kali ini adalah membawa peserta menulurusi sejarah kepahlawanan melayu disamping menanam agenda kesepakatan.
Antara program yang telah diadakan ialah lawatan ke Pantai Cleopatra dan Pantai Ageeba, aktiviti pantai, sukan bola tampar, tayangan filem Mat Kilau, Bbq, explorace dan War game.
“Bukan lah tempat mana yang kita pergi, tetapi dengan siapa yang kita pergi dan ia akan menjadi sebuah memori yang tidak dapat dilupakan”. Antara ucapan terakhir yang diucapkan oleh peserta PMPI kepada kami.
