Blog Isma Mesir

Penyertaan korban Isma Mesir memberangsangkan

September 19, 2016

14305275_10155287533202846_7009636156958507816_o-1024x682
MADINAH NASR, 15 September – Penyertaan korban Isma Mesir pada tahun ini mencecah bilangan kambing sebanyak 51 ekor, khoruf enam ekor dan lembu seekor. Bilangan korban Isma Mesir kali ini amat memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini dan ini adalah satu pencapaian terbaik buat Isma Mesir sebagai salah satu persatuan pelajar yang mengutamakan aspek kebajikan pelajar di perlembahan Nil.

“Korban kali ini agak meriah kerana berjaya mendapatkan haiwan korban terbanyak dalam sejarah Isma Mesir. Penyertaan kali ini bukan sahaja datang dari mahasiswa dan mahasiswi di Mesir bahkan masyarakat di tanah air turut menyumbang dalam korban kali ini. Terima kasih kepada semua yang menunaikan ibadah korban bersama Isma Mesir. Semoga Allah menerima ibadah korban kita bersama,” kata saudara Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani selaku pengarah korban Isma Mesir tahun ini.

Seluruh warga Isma Mesir telah turun menunaikan ibadah korban bertempat di bersebelahan kompleks rumah negeri Sarawak di Hayyu Asyir, Kaherah pada hari raya pertama Aidiladha 1437H.
14242282_10155287537387846_794059053452333820_o-1024x682

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini