Blog Isma Mesir

Ahli Isma Mesir cemerlang ujian kemasukan Al-Azhar

July 29, 2016

muktazSaudara Ahmad Muktaz Bin Abdul Halim di hadapan dewan peperiksaan Imtihan Qabul, Universiti Al-Azhar

Madinah Nasr, 28 Julai – Seramai tiga orang ahli Isma Mesir cemerlang dalam peperiksaan Imtihan Qabul dengan mendapat pangkat mustawa(peringkat) Mutaqaddim Awal. Mereka adalah Ahmad Muktaz Bin Abdul Halim, Nuha Binti Zainurrashid dan Usamah Bin Zaidi. Mutaqaddim Awal merupakan mustawa tertinggi bagi keseluruhan keputusan Imtihan Qabul untuk pelajar Malaysia.

“Alhamdulillah atas keputusan cemerlang ini dan inilah hadiah saya buat ibu ayah tercinta. Terima kasih juga kepada Isma Mesir yang banyak membantu saya dan menyediakan kelas persediaan bagi pelajar-pelajar yang mengambil Imtihan Qabul baru ini” ujar Ahmad Muktaz Bin Abdul Halim selaku ahli Isma Mesir Syukbah Hayy Sabiek.

Tambahan pula, Ustaz Amar Ismat Bin Mohd Nasir sebagai Ketua Akademik Isma Mesir turut merakamkan ucapan tahniah atas kecemerlangan tiga orang ahli Isma Mesir ini “Tahniah kepada tiga orang ahli Isma Mesir yang cemerlang dalam Imtihan Qabul baru-baru ini. Isma Mesir sentiasa komited dalam menaiktaraf akademik ahli dengan mengadakan kelas-kelas persediaan, kelas tutorial, majlis anugerah kecemerlangan akademik dan study group di kalangan ahli Isma Mesir”.

Keputusan rasmi peperiksaan Imtihan Qabul telah dikeluarkan oleh Universiti Al-Azhar pada 27 Julai lalu. Seramai 1101 mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang mengambil peperiksaan tersebut.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini