
ABBAS AKKAD, 27 Jun – Bulan istimewa Ramadhan kali ini diserikan lagi dengan kelahiran permata keempat buat warga Isma Mesir
Dr. Affiq Bin Kamaruzzaman mahasiswa fakulti Perubatan tahun 6 Universiti Ain Syam bersama pasangan Ustazah Siti Nurul Kauthar Binti Saedal Atas graduan kuliah Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mansurah selamat menimang puteri sulung dengan berat 3.0 kg jam 1 pagi di Hospital El-Joudy, Abbas Akkad.
Semoga mujahidah yang lahir menjadi kebanggan buat ibu ayah juga menjadi pewaris perjuangan dakwah dan tarbiyah masa hadapan.