Blog Isma Mesir

Aktivis Isma Doktor Ummah Berjaya Dilahirkan !

March 23, 2016

 

K1


KAHERAH 23 Mac 2016–Ikatan Muslimin Malaysia(Isma) Mesir mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat 3 graduan ISMA-Mesir cawangan Kaherah yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBCh) diraikan pada majlis graduasi bertempat di Azhar Conference Centre baru-baru ini.

Berikut adalah senarai ahli ISMA-Mesir yang berjaya menamatkan proses pembelajaran selama 6 tahun di bumi Mesir .

1) Noor Hazwani binti Mohamed

2) Wan Muhammad Hilmi bin Wan Abdul Rahman

3) Syed Anas bin Syed Ismail

Ketiga-tiga graduan ini bergiat sangat aktif dalam persatuan. Mereka telah membuktikan bahawa keterlibatan dalam medan dakwah tidak menghalang mereka untuk cemerlang dalam akademik.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini