
Madinat Nasr , 27 Julai : Sekalung tahniah diucapkan buat pasangan aktivis ISMA Mesir, Ustaz Muhammad Faiz Lee dan Ustazah Ainul Farhana di atas kelahiran mujahid mereka seberat 2.6 kg pada jam 4.45 pagi.
Mujahid pasangan ini selamat dilahirkan di Klinik El Zady, Abbas pada 15 Julai 2015. Ustaz Faiz Lee dan isteri telah menamakan mujahid mereka dengan nama Ahmad Arsyad Lee.
Seluruh warga ISMA Mesir bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:
“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”
Semoga kelahiran mujahid kecil ini dapat menambah kekuatan umat Islam dan menjadi menyumbang ke arah kemenangan Islam suatu hari nanti.