Blog Isma Mesir

Taujihat perjuangan di Ijtimak Syahrie ISMA Mesir Syukbah Madinat Nasr

October 12, 2014

Kaherah, 12 Oktober :  ISMA –Mesir cawangan Madinah Nasr telah mengadakan ijtima syahri iaitu program bulanan  untuk semua ahli pada malam tadi. Perkumpulan kali ini telah diadakan di pejabat ISMA-Mesir, Hayyu Asyir.

Program di mulakan dengan solat isyak dan solat sunat hajat bersama-sama yang telah diimamkan oleh ketua syukbah ISMA-Madinah Nasr, Ustaz Syed Salahuddin Bin Syed Ayub. Kemudian, program diteruskan dengan sedikit tayangan dan disusuli oleh ucapan dan penerangan daripada Ustaz Abdur Rahman Bin Mohd Raji, Ketua Biro Program dan Latihan ISMA-Mesir.

Beliau telah menerangkan tentang mehnah-mehnah yang bakal dihadapi oleh para daie yang ingin berjuang menegakkan agama Islam. Beliau turut mengingatkan bahawa jalan dakwah ini tidak dihamparkan denga permaidani merah dan kesenangan. Maka penting untuk semua para du’at untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih terancang dan berkesan.

Ijtima’ Syahri kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 60 orang ahli ISMA-Mesir cawangan Madinah Nasr. Semoga program ini mampu mencapai hadafnya iaitu lebih mengeratkan hubungan sesama ahli.

‘Bersama Membangun Mahasiswa Beragenda’

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini