Blog Isma Mesir

SOBRUN : Larian Subuh Membina Kecergasan dan Disiplin Ahli

August 17, 2026

Kesempurnaan kita dalam mencari erti kehidupan perlu diimbangi dengan memenuhi tuntutan jasmani dan rohani. Terkadang kita melihat satu sudut pandang saja untuk memenuhi kehidupan kita iaitu dengan hanya memenuhi tuntutan rohani.

Sedangkan, kita hidup di dunia ini perlu juga menitikberatkan kedua-dua aspek ini kerana ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Terabai kita pada aspek fizikal akan menjadikan kehidupan kita kurang produktif dan tidak membina jiwa seseorang itu. Oleh itu, aspek kesihatan adalah keperluan penting dalam kita mengurus kehidupan kita menjadi lebih sempurna.

Antara waktu untuk menjadikan aktiviti kesihatan kita lebih berkesan adalah pada waktu pagi. Sekitar waktu sebelum dan selepas subuh sehingga terbitnya matahari. Keadaan pada waktu itu udaranya nyaman, segar dan bersih. Ini juga pernah dianjurkan dan didoakan oleh Baginda SAW memberkati insan-insan yang menghidupkan awal paginya dengan baik, bukannya dengan tidur semula selepas solat subuh yang menjadi rutin harian.

اللهم بارك لأمتي في بكورها

Bermaksud : Ya Allah, engkau berkatilah ummatku di waktu pagi.

Dengan sandaran doa ini, kita sebagai mukmin sepatutnya berusaha untuk menghidupkan pagi dengan produktiviti. Kesan hidup kita akan lebih disiplin dan tersusun dalam menempuhi harian kita.

Aktif Pagi dengan Sobrun

‘Sobrun’ adalah singkatan bagi larian ketika di waktu subuh. Ia merupakan sebuah inisiatif aktiviti isma mesir dalam membina ahlinya dari sudut kecergasan dan kecerdasan serta membina budaya sihat. Kenapa kita lari seusai selepas solat subuh adalah kerana kita mahu melahirkan seorang mahasiswa yang dapat mengimbangi aspek rohani dan jasmani serta meningkatkan disiplin ahli dalam pembentukan individu itu sendiri.

Dalam sukan ataupun larian secara khususnya, ia sangat menuntut kita menepati masa dan disiplin dengan sebaiknya.

Langkah pertama disiplin adalah tidur awal di malam hari untuk bersiap sedia bangun awal pagi esok bagi menunaikan solat subuh berjemaah di masjid.

Kemudian, bila mana kita mulakan pagi kita dengan menunaikan tanggungjawab solat subuh berjemaah di masjid, ia menjadi lambang disiplin seseorang mahasiwa itu berkualiti. Bermula di mihrab kita membina jiwa untuk mentaati perintah kepada Allah SWT. Kemudian, kita terus sarung kasut dan bersedia untuk larian dengan senaman ringan.

Apabila kita sudah mula bergerak larian dengan kadar kelajuan masing-masing dengan konsisten, akan menjadikan penghujung larian kita berkualiti dan tidak terlalu penat selepas habis tersebut. Apabila teratur perjalanan larian kita, kadar jantung kita atau kecerdasan kita dalam seharian itu akan menjadi lebih bermakna.

Tujuan kita beriadah di pagi hari adalah untuk menjadi cergas dan cerdas sepanjang harian kita. Kalau kadar kelajuan kita tidak mengikut kadar yang diperlukan, kemungkinan akan cepat penat dan mudah lesu dalam sepanjang harian kita.

Semoga dengan penganjuran Sobrun ini dapat membina budaya sihat di kalangan mahasiswa dan dikalangan ahli khususnya. Disamping kita aktif dalam menuntut ilmu di Mesir, jangan sesekali terabai juga aktif untuk cergaskan badan dan cerdaskan minda, ini kerana kesihatan adalah nikmat paling teragung yang sering manusia lupa. Tanpa tubuh badan yang sihat, takkan mudah untuk memperoleh ilmu dengan sebaiknya.

Para ulama dan salafussoleh juga mempunyai aktiviti fizikal yang khusus buat diri mereka supaya aspek kesihatan tidak terabai. Jadi sama-sama hidupkan budaya sihat dari sekarang.

Wallahuaalam.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

Tanpa syak lagi, ilmu merupakan asas penting dalam kehidupan seorang muslim. Dengannya, seseorang dapat mengenali jalan yang benar serta mengetahui bagaimana sesuatu amalan itu dilaksanakan bertepatan dengan tuntutan syariat. Cukuplah…
Baca Lagi
Kalam Pengerusi Mahasiswa Unggul, Memimpin Ummah

Kalam Pengerusi Mahasiswa Unggul, Memimpin Ummah

Mahasiswa unggul bukan sekadar penuntut ilmu, bahkan merupakan pemegang amanah untuk menghidupkan syiar Islam di setiap tempat yang dijejaki. Keunggulan seorang mahasiswa tidak diukur pada pencapaian akademik semata-mata, tetapi turut…
Baca Lagi