Blog Isma Mesir

Berehat Seketika, Eratkan Ukhwah: Aktiviti Family Day bersama Isma Mesir

September 15, 2025

Family Day Isma Mesir telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung di Hotel Zad El Mosafer, Fayoum pada 3 hingga 4 September 2025 dengan penyertaan seramai 30 orang peserta.

Program selama dua hari ini memberi peluang untuk menjalin dan mengukuhkan ukhuwah sesama ahli Isma Mesir, sekaligus menjadi ruang percutian bermanfaat sebelum memulakan sesi pengajian baharu.

Aktiviti yang dijalankan termasuk lawatan ke kincir air, Tasik Qarun dan Wadi Rayyan. Peserta juga berpeluang merasai pengalaman safari offroad, sandboarding, BBQ, aktiviti kolam serta sesi pengisian rohani.

Semoga program ini menjadi pencetus kebaikan, mengeratkan ukhuwah, serta menguatkan jiwa dalam memimpin masyarakat.

#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
#FamilyDay
#Fayyoum

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

Tanpa syak lagi, ilmu merupakan asas penting dalam kehidupan seorang muslim. Dengannya, seseorang dapat mengenali jalan yang benar serta mengetahui bagaimana sesuatu amalan itu dilaksanakan bertepatan dengan tuntutan syariat. Cukuplah…
Baca Lagi