Blog Isma Mesir

Komuniti | Membina Mahligai, Menyemarakkan Perjuangan

September 4, 2025

Layar terbentang di tengah samudera,
Bahtera berlabuh menuju muara.
Rumah tangga dakwah sama dibina,
Menegak agama hingga ke syurga.

Kami dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Ustaz Usaid Bin Zaidi, aktivis Isma Mesir dan pasangannya, Ustazah Maryam Nafisah Binti Shaharuzaman, Timbalan Ketua Wanita Isma Mesir, yang telah selamat diijabkabulkan.

Majlis akad nikah pasangan ini telah berlangsung pada jam 9.30 pagi, 31 Ogos 2025, bertempat di Kg Sg Rokam, Ipoh, Perak.

Semoga ikatan perkahwinan ini diberkati dan dikurniakan kebahagiaan serta keberkatan yang berpanjangan. Kami mendoakan agar bahtera yang dibina ini juga menjadi qudwah dan melahirkan generasi perjuangan dakwah demi menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

#IsmaMesir
#ijabqabul
#JiwaKuatPimpinMasyarakat

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini