Blog Isma Mesir

KOMUNITI | Lahirnya Pewaris Perjuangan

July 17, 2025

Kaherah, 13 Julai 2025 – Tepat jam 6.45 petang, pasangan Ustaz Raja Mohd Zulfadli bin Raja Hisham, Bendahari Isma Mesir 2025, dan pasangannya Ustazah Iman binti Mohd Asri telah dikurniakan cahaya mata kedua, seorang mujahidah, di Hospital Al Judy, Abbas Akad.

بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوْبةِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهَا، وَرُزِقْتَ بِرَّهَا

“Semoga Allah memberkatimu atas kelahiran anak kepadamu. Kamu telah bersyukur kepada Sang Pemberi, semoga dia membesar dewasa dan kamu dikurniakan akan kebaikannya.”

Walau jauh daripada sanak saudara, kelahiran mujahidah kecil ini tetap menjadi anugerah terindah yang menguatkan lagi semangat pasangan ini dalam melayari bahtera kehidupan dakwah dan tarbiyah di perantauan.

Moga kehadiran cahaya mata ini menjadi pemangkin semangat buat kedua ibu bapa, serta inspirasi buat seluruh warga Isma Mesir dalam terus melangkah gagah di jalan perjuangan.

#IsmaMesir
#MujahidahUmmah

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

Tanpa syak lagi, ilmu merupakan asas penting dalam kehidupan seorang muslim. Dengannya, seseorang dapat mengenali jalan yang benar serta mengetahui bagaimana sesuatu amalan itu dilaksanakan bertepatan dengan tuntutan syariat. Cukuplah…
Baca Lagi