
KAHERAH, 8 Jun 2025 – Bagi menyambut perayaan Aidiladha Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidiladha (JAUDAH) pada hari raya ke-3 Aidiladha bersamaan 12 Zulhijjah 1446H.
Majlis ini berlangsung dalam dua sesi berasingan, sesi akhawat pada waktu pagi dan sesi ikhwah pada waktu petang, bagi memberi ruang yang selesa dan teratur kepada para tetamu yang hadir. Meskipun ramai dalam kalangan mahasiswa sedang giat membuat persiapan menghadapi fasa peperiksaan, kehadiran ahli ISMA Mesir yang tetap meluangkan masa untuk memeriahkan majlis.
Antara menu istimewa yang telah dihidangkan ialah daging masak manis dan sup tulang, selain juadah tradisional seperti pelbagai jenis kuih-muih yang menambahkan seri majlis.
Perayaan Aidiladha yang diraikan di atas tema pengorbanan ini sepatutnya memupuk nilai keterbukaan dan menolak sikap individualistik terutama sesama mahasiswa.
ISMA Mesir berharap agar sambutan Aidiladha ini bukan sekadar perayaan yang melengkapkan takwim tahunan umat Islam, malah yang lebih utama adalah seorang muslim itu benar-benar menjiwai dan memahami erti pengorbanan yang sebenar.
Semoga amalan kita diterima Allah SWT.
#aidiladha1446H
#ismamesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat