Blog Isma Mesir

Berita | Pulang Menabur Bakti di Tanah Air

May 10, 2025

Kaherah, 2 Mei 2025 – Ustaz Wan Adam bin Wan Mohd Azli dan isteri, Ustazah Nuha binti Zainurrashid, menamatkan tempoh hampir 10 tahun menuntut ilmu di Mesir dan kini pulang ke tanah air untuk menabur bakti.

Ustaz Wan Adam yang telah berjaya menyelesaikan pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Al-Azhar ini juga bergiat aktif dalam dunia dakwah dan tarbiyah  sepanjang berada di Mesir. Beliau pernah dilantik memegang jawatan Ketua Biro Hal Ehwal Dalaman Isma Mesir pada 2019, Setiausaha pada 2020 dan Timbalan Pengerusi pada 2021.

Ustazah Nuha turut menyumbang besar dalam gerak kerja dakwah, antaranya sebagai Timbalan Biro Hal Ehwal Dalaman pada 2020 dan Timbalan Ketua Wanita Isma Mesir pada 2021.

Kedua-dua tokoh ini membuktikan bahawa tuntutan ilmu bukan penghalang untuk bergiat dalam medan dakwah dan tarbiyah.

“Perjalanan hidup hari ini menuntut kita untuk memilih jalan yang mencabar, kerana di situlah terbina kekuatan untuk masa hadapan,” ujar Ustaz Wan Adam dalam ucapan majlis perpisahannya.

Isma Mesir merakamkan penghargaan atas segala jasa dan mendoakan kejayaan mereka dalam mencurahkan ilmu serta pengalaman di Malaysia.

#IsmaMesir
#BackForGood
#Bfg

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini