
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada 11 orang aktivis Isma Mesir yang berjaya merangkul ijazah sarjana muda Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2024.
Berikut merupakan senarai nama graduan :
Graduan Kuliah Syariah
1. Ustaz Muaz Izuddin bin Mat Rahim
2. Ustaz Umair Bin Zaidi
3. Ustaz Raja Mohd Zulfadhli Bin Raja Hisham
4. Ustaz Muhammad Fikri Hakim Bin Muhamad Fuad
5. Ustaz Muhammad Al Fateh Bin Mohammadin
6. Ustazah Zaimafakhira bt Zaimafauzie
Graduan Kuliah Usuluddin
1. Ustazah Iman bt Mohd Asri
Graduan Kuliah Bahasa Arab
1. Ustaz Amirul Hadif Bin Ab Rahman Thobroni
2. Ustazah Siti Nursafurah bt Amran
Graduan Kuliah Qiraat
1. Ustaz Muhammad Hamas bin Mohd Nazri
2. Ustazah Arham Sakinah bt Yazir Araafad
Mereka ini merupakan aktivitis Isma Mesir yang telah banyak menabur bakti dalam bidang dan kepakaran masing-masing. Segala jasa dan sumbangan diberikan amat dihargai. Semoga dengan pengalaman berharga ini menjadi pemangkin dan semangat dalam meneruskan perjuangan di Malaysia, malah didoakan juga semoga ianya menjadi pemberat timbangan amal di akhirat kelak insya-Allah.
Diharapkan seluruh mahasiswa dapat menjadikan kejayaan mereka ini sebagai satu inspirasi dan qudwah, bukan sahaja melalui kehidupan sebagai pelajar di timur tengah, bahkan untuk membina potensi diri bersama Isma Mesir dalam segenap aspek kehidupan.