Blog Isma Mesir

Tahniah buat Graduan Pergigian Universiti Iskandariah 2024

August 16, 2024

Iskandariah, Jumaat, 2 Ogos 2024, telah berlangsung Majlis Graduasi Kuliah Pergigian Universiti Iskandariah, yang bertempat di Perpustakaan Bibliotheca, Iskandariah.

Dua aktivitis Isma Mesir cawangan Iskandariah, Dr Batrisyia Qistina Qatrunnada Binti Muhammad Adam Lim dan Dr Sofiyah Binti Razali berjaya merangkul segulung ijazah sarjana muda dalam bidang pergigian di majlis ini.

Isma Mesir sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya buat seluruh graduan pergigian Universiti Iskandariah dan berharap agar kejayaan ini dapat membakar semangat seluruh mahasiswa lain supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran seterusnya mempersiapkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia kelak.

 

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini