
Kaherah, 27 April 2024 – “Kehidupan kita ni perlu disibukkan dengan perkara kebaikan, kerana jika tidak, kita akan disibukkan dengan perkara yang akhirnya akan memberi kemudaratan kepada diri kita. Cara sistem hidup di Mesir inilah membentuk jiwa dan diri kita menjadi insan yang berguna.”, itulah antara titipan nasihat yang dikongsi beliau sewaktu majlis haflah wida’ bersama Ikhwah Isma Mesir.
Seorang Aktivis Isma Mesir, Ustaz Umar Syahidi bin Shaharuzaman bakal meninggalkan sebuah memori buat seluruh aktivis Isma Mesir.
Setelah 6 tahun berkelana, kini beliau pulang sebagai graduan Kuliah Usuluddin, Syukbah Hadis, Universiti Al Azhar, Kaherah. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Syukbah Isma Mesir dan Timbalan Ketua Syukbah.
Isma Mesir mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan semoga Ustaz Umar Syahidi dapat memberikan sumbangan yang terbaik buat ummah di Malaysia.
Semoga dengan kepulangan beliau sedikit sebanyak menjadi penolak, inspirasi dan qudwah buat seluruh ahli Isma Mesir untuk mempersiapkan diri sebelum pulang ke tanah air.
#Bfg
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat