
Kaherah, 7 Mac 2024 – Seluruh warga Isma Mesir hari ini mendoakan Ustaz Mohamad Amirul Nizam bin Amirullah dan isteri Ustazah Aliah Athirah binti Samsudin yang telah selamat berlepas pulang Back For Good (BFG) ke tanah air.
Ustaz Amirul Nizam merupakan graduan Kuliah Usuluddin, Syukbah Tafsir Wa Ulum al-Quran tahun 2022, manakala Ustazah Aliah Athirah merupakan Graduan Kuliah Syariah Islamiah tahun 2023.
Anak kelahiran Batu Pahat itu bergerak aktif dalam dakwah dan kemasyarakatan di bumi Mesir. Selain pernah dinobatkan sebagai Tokoh i-fitness Mesir, beliau juga aktif menerajui kumpulan media Isma Mesir sebagai Ketua Pereka Grafik dan Videographer.
Bukan sahaja di bidang media, beliau berhempas pulas menghidupkan komuniti ifitness Mesir bagi mengumpulkan mahasiswa yang aktif dalam bidang sukan termasuk larian marathon, berenang, tips penjagaan diet dan kesihatan.
Manakala, Ustazah Aliah Athirah pula telah dilantik sebagai ahli biro Pengkaderan, disamping aktif menjalankan beberapa aktiviti masyarakat disekitar Madinet Nasr.
Kepulangan kedua tunjang dakwah ini sepastinya dirasai oleh seluruh warga Isma Mesir dengan nilai kesungguhan dan penglibatan yang ditunjukkan oleh mereka.
Kami mendoakan semoga keluarga qudwah ini terus teguh menempuhi cabaran dakwah di tanah air seterusnya komited dalam memberikan sumbangan kepada ummah di Malaysia kelak.
#Bfg #IsmaMesir