Blog Isma Mesir

Tahniah buat Graduan Perubatan Universiti Iskandariah 2024

March 13, 2024

Iskandariah, 26 Februari 2024 – Telah berlangsung Majlis Graduasi Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah, yang bertempat di Bibliotheca Alexandria.

Seorang aktivitis Isma Mesir cawangan Iskandariah, Dr Nur Akmar Niza bt Yaacob telah berjaya merangkul segulung ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan di majlis ini. Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur, merupakan ahli aktif Isma Mesir Cawangan Iskandariah dan banyak terlibat dalam program kemasyarakatan bersama mahasiswi di sini.

Isma Mesir sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya buat seluruh graduan perubatan Universiti Iskandariah dan berharap agar kejayaan ini dapat membakar semangat seluruh mahasiswa lain supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mampu berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia kelak.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini