Blog Isma Mesir

Berita | Pergimu Meninggalkan Legasi, Baktimu Dinanti di Tanah Air

March 29, 2024

Kaherah, 27 Januari 2024 – Seluruh warga Isma Mesir mendoakan dan terinspirasi di atas kepulangan tokoh yang bersedia untuk berkhidmat dalam agenda dakwah untuk masyarakat di Malaysia.

Ustaz Rofiqul Amin Bin Asri anak kelahiran negeri Selangor merupakan graduan Usuluddin dalam bidang Tafsir. Ketokohan beliau pernah berkhidmat sebagai Jawatankuasa Media & Dakwah sesi 2021, Bendahari Isma Mesir sesi 2022 dan juga Mantan Timbalan Pengerusi Isma Mesir sesi 2023.

Minat yang mendalam di dalam media diterjemahkan beliau dengan pelbagai sumbangan dalam media, rekagrafik, penyutingan video dan banyak lagi hasil produk yang telah berjaya dihasilkan untuk sumbangan dakwah di Mesir.

Ustazah Aisyah Binti Fakhruddin pula anak kelahiran negeri Terengganu merupakan graduan Syariah Islamiah dan juga merupakan mantan Setiausaha Wanita Isma Mesir bagi sesi 2022-2023.

Kedua-dua pasangan mawaddah ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Seluruh Isma Mesir mengharapkan buat keluarga qudwah dapat memberikan sumbangan kepada ummah di Malaysia kelak dengan pengalaman yang dilalui di Mesir genap 10 tahun.

Kepulangan kedua-dua tokoh ini diharapkan menjadi inspirasi dan qudwah buat ahli Isma Mesir dan seluruh mahasiswa di Mesir agar terus tekun dalam menulusuri perjalanan tarbiah di bumi Mesir ini.

#Bfg #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini