Kaherah, 20 Februari 2024: Pada jam 4.00 pagi, salah seorang ahli Isma Mesir, Ustaz Faiz Zakuan Bin Ahmad Khairul Anuar telah selamat berlepas pulang Back For Good (BFG) ke tanah air setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Banyak jasa yang telah diberikan oleh Ustaz Faiz kepada Isma Mesir selama berada di sini melalui kemahiran beliau dalam bidang seni grafik. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pereka Grafik Isma Mesir.
Seluruh ahli Isma Mesir mendoakan semoga beliau terus teguh menempuhi cabaran dakwah di tanah air dan dapat memberikan sumbangan kepada ummah di Malaysia dengan pengalaman yang dilalui di Mesir.
#bfg
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat