Blog Isma Mesir

AKADEMIK | AHLI ISMA-MESIR MANSURAH MERAIH SEGULUNG IJAZAH

January 24, 2024

Mansurah – 21 Januari 2024, telah berlangsung Majlis Graduasi Kuliah Perubatan Universiti Mansurah, Mansurah, Mesir, bertempat di Dewan Abou Nagah, bagi meraikan seramai 53 orang graduan.

Dua orang aktivitis Isma Mesir cawangan Mansurah, Dr Muhammad Solihin Bin Shahrudin dan Dr Muhammad Syahmi Asyraaf Bin Mohamad Redzuan telah berjaya merangkul segulung ijazah sarjana muda Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) di majlis ini.

Kedua-dua mereka adalah anak kelahiran Selangor dan Perlis merupakan ahli aktif Isma Mesir Cawangan Mansurah, serta banyak terlibat dalam program kemasyarakatan bersama mahasiswa di sini.

Isma Mesir sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya buat seluruh graduan perubatan Universiti Mansurah dan berharap agar kejayaan ini dapat membakar semangat seluruh mahasiswa supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar mampu berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia kelak.

#ismamesir
#JiwaKuatMemimpinMasyarakat
#membangunmahasisaberagenda

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini