Blog Isma Mesir

AKADEMIK | AHLI ISMA-MESIR ISKANDARIAH MERAIH SEGULUNG IJAZAH

December 3, 2023

Kaherah – 26 November 2023, telah berlangsung Majlis Graduasi Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah, Iskandariah, Mesir, bertempat di Bibliotheca Alexandria yang melibatkan seramai 106 graduan termasuk 21 graduan Malaysia.

Dua orang aktivitis Isma Mesir cawangan Iskandariah, Dr Aniq Bin Jamaludin dan Dr Zulhadi Bin Zulkifli telah berjaya merangkul segulung ijazah sarjana muda dMedical Bachelor and Bachelor of Surgery di majlis ini.

Kedua-dua mereka adalah anak kelahiran Johor dan Melaka merupakan ahli aktif Isma Mesir Cawangan Iskandariah, serta banyak terlibat dalam program kemasyarakatan bersama para mahasiswa di sini.

Isma Mesir sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya buat seluruh graduan perubatan Universiti Iskandariah dan berharap agar kejayaan ini dapat membakar semangat seluruh mahasiswa lain supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar mampu berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia kelak.



Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

Tanpa syak lagi, ilmu merupakan asas penting dalam kehidupan seorang muslim. Dengannya, seseorang dapat mengenali jalan yang benar serta mengetahui bagaimana sesuatu amalan itu dilaksanakan bertepatan dengan tuntutan syariat. Cukuplah…
Baca Lagi