Blog Isma Mesir

Berita | Jasamu Dikenang, Baktimu Disanjung

November 4, 2023

Kaherah, 31 Oktober 2023 – “setinggi-tinggi melambung, surutnya ke tanah juga”. Begitulah gambaran kehidupan mahasiswa di perantauan buat keluarga Ustaz Ahmad Ashraf Bin Ahadi dan pasangannya Doktor Nurul Ieman Binti Marzuki di bumi anbiya’.

Ustaz Ashraf bergraduan syariah islamiah di Universiti Al-Azhar,  pernah memegang sebagai JKC Tugas Khas, Isma Mesir sesi 2022-2023 dan banyak menabur bakti kepada gerak kerja dakwah terutamanya di Iskandariah pada sesi 2019-2022.

Manakala, Dr Nurul Ieman Binti Marzuki pula merupakan anak kelahiran negeri kedah juga yang merupakan seorang graduan Doktor Pergigian di University Al-Azhar, Kaherah dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Pengkaderan Isma Mesir sesi 2022-2023.

Kedua-dua pasangan mawaddah ini dipertemukan pada tahun 2022 lalu dan telah dikurniakan seorang puteri pada tahun ini. Mereka berdua telah berangkat pulang ke tanah air pada jam 12 tengahari tadi.

Seluruh aktivitis Isma Mesir mengucapkan ribuan penghargaan buat keluarga qudwah ini dan diharapkan menjadi aset serta permata ummah di Malaysia kelak.

Kepulangan keluarga murabbi ini diharap menjadi inspirasi dan qudwah buat ahli Isma Mesir dan seluruh mahasiswa di Mesir agar terus tekun dalam menulusuri perjalanan tarbiah di bumi Mesir ini.

#Bfg
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini