Blog Isma Mesir

Permata Ummah Pulang Menabur Bakti

October 5, 2023

Kaherah, 4 Oktober 2023 : Tepat jam 1.20 petang tadi, seorang ahli Isma Kaherah, Ustaz Wan Muhd Fitri Bin Wan Adnan telah selamat berlepas pulang Back For Good (BFG) ke tanah air.

“Kekuatan hati ada pada kelembutan hati, kelemahan hati ada pada kekerasannya hati seseorang apabila mahu menerima nasihat dan teguran”. Kalam terakhir dalam majlis wida’ pada 2 Oktober 2023 yang lepas.

Anak kelahiran terengganu ini telah menamatkan sijil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang syariah islamiah, Universiti Al-Azhar pada sesi 2023.

Beliau turut menabur bakti kepada Isma Mesir sebagai Setiausaha Majlis Ulama’ Isma Mesir (Muis Mesir) dan juga aktif sebagai Kolumnis Isma Mesir serta membantu mahasiswa dalam pembelajaran dan pengajian ulum syara’ di Mesir ini.

Berhembus bayu angin mengilir,
Sejuknya hingga keujung pohon,
Sambutlah salam pesan terakhir,
Kusampaikan melalui untaian pantun.

Dua tiga permata yang dicari,
Mana kan sama permata yang dibeli,
Kalau mahu menabur bakti,
Tuntutlah ilmu seikhlas hati.

Jalan malam memakai suluh,
Berkunjung sebentar dirumah teliti mamat,
Angkatkan tangan jari sepuluh,
Minta doa agar selamat.

Seluruh ahli Isma Mesir mendoakan semoga beliau terus teguh menempuhi cabaran dakwah di Malaysia, dan diharapkan kepulangan beliau ini menjadi satu inspirasi buat seluruh mahasiswa Azhari untuk terus menyumbang kepada ummah.

#bfg
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat


Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini