Blog Isma Mesir

Berita | Tautan Ukhuwah Musim Panas

October 1, 2023

“Perkumpulan harini bukan diikat atas dasar harta dan kewangan, tapi diikat atas dasar iman, kerna Dialah berkuasa pada setiap hati insan “. Antara ucapan penutup yang diucapkan oleh Pengarah JUMPS 23 kepada para peserta.

Jalinan Ukhuwah Musim Panas Isma Mesir (JUMP’S 2023) telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai aktiviti menarik di Kota Dahab, Selatan Sinai pada 22 hingga 24 September lepas.

Program percutian tiga hari itu telah dihadiri seramai 70 peserta yang merupakan penuntut di pelbagai universiti di Mesir, iaitu Universiti Al Azhar As Syarif, Universiti Mansoura dan Universiti Alexandria termasuk juga tujuh orang mahasiswi jordan turut sertai percutian kali ini.

Program ini berjaya mewujudkan rasa kebersamaan antara peserta disamping menjadikan ia sebuah percutian manfaat bagi mereka sebelum memulakan sesi pengajian baharu awal oktober ini.

Disamping itu antara objektif utama yang digariskan pada JUMPS kali ini adalah membawa peserta membina tautan ukhuwah sesama mahasiswa bagi mengurangkan sikap individualistik yang makin melebar dalam mahasiswa terutamanya di Mesir ini kesan daripada covid 19.

Antara program yang telah diadakan ialah lawatan ke Masjid Sahaba di bandar Sharm Sheikh, Dahab Market, aktiviti lasak seperti ATV dan snorkeling, sukan bola baling air dan BBQ.

#JUMPS23 #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat


Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini