Blog Isma Mesir

Berita | Pergimu Meninggalkan Legasi, Baktimu Dinanti di Tanah Air

July 23, 2023

Kaherah, 22 Julai 2023 – Seluruh warga Isma Mesir pada hari ini mendoakan dan terinspirasi di atas kepulangan tokoh yang bersedia untuk berkhidmat dalam agenda dakwah untuk masyarakat di Malaysia.

Ustaz Umar Farouq Bin Morhalim merupakan graduan syariah islamiah.

Ketokohan beliau pernah berkhidmat sebagai Bendahari Isma Mesir sesi 2013, Setiausaha Isma Mesir sesi 2014 dan sebagai Pengerusi Isma Mesir dari sesi 2015 sehingga 2017. 

Ustazah Wafa Binti Abdul Halim pula anak kelahiran negeri Perak merupakan graduan usuluddin dalam bidang tafsir dan juga merupakan mantan Timbalan Ketua Wanita Isma Mesir bagi sesi 2016. 

Kedua-dua pasangan mawaddah telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

“Penghasilan sesuatu target atau matlamat yang besar perlu mempunyai dua ciri iaitu kehendak diri yang kuat dan selalu keluar daripada zon yang selesa”. Antara pesanan terakhir Ustaz Umar Farouq pada majlis Haflatul Wida’, Rabu 5 Julai 2023 yang lepas.

Seluruh Isma Mesir mengharapkan buat keluarga qudwah dapat memberikan sumbangan kepada ummah di Malaysia kelak dengan pengalaman yang dilalui di Mesir genap 12 tahun.

Kepulangan kedua-dua tokoh ini diharapkan menjadi inspirasi dan qudwah buat ahli Isma Mesir dan seluruh mahasiswa di Mesir agar terus tekun dalam menulusuri perjalanan tarbiah di bumi Mesir ini.

#Bfg #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini