
Kaherah, 1 Julai 2023 – Majlis Jamuan Aidiladha Isma Mesir (JAUDAH 23′) berjalan dengan lancar di Markaz Isma Mesir Hayyu Sabie, Madinat Nasr.
Majlis ini disempurnakan dengan ucapan wakil JKC ISMA Mesir, Ustaz Muinuddin Bin Aladdin yang menyeru semua mahasiswa agar bersama-sama mengorbankan sikap individualistik sesama kita agar kita dapat membina sebuah mahasiswa yang mulia, prihatin dan beragenda”.
Kemeriahan jamuan ini diserikan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Fathi Bin Mohd Fadzli, Emcee majlis kali ini yang bermula pada jam 7 malam sehingga 10 malam.
Jamuan Aidiladha ini diadakan sebagai pelengkap program ibadah korban Isma Mesir pada semalam harinya. Sebanyak 20 ekor kambing telah berjaya dikorbankan dengan kerjasama Yayasan Pahang bertempat di Indera Mahkota, Hayyu Asyir.
Isma Mesir berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir berkunjung ke majlis JAUDAH kali ini. Kami mengharapkan majlis ini mampu mengeratkan hubungan seluruh mahasiswa agar kita dapat mengurangkan sikap individualistik serta meningkatkan keprihatinan bersama dalam usaha membina ummah fadhilah yang kuat, maju dan berdaulat.