
Kaherah, 24 April 2023 – Agenda kesatuan antara mahasiswa diteruskan lagi oleh Isma Mesir dengan mengadakan Sambutan Aidilfitri (SAFI 2023) yang bertempat di Dewan Masjid Salam, Hayyu Asyir.
Majlis kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Zamani Bin Ismail bersama Menteri Pendidikan Pengarah EME Encik Muhamad Khairi Bin Abdullah bersama – sama keluarga.
“Mahasiswa perlu mengingatkan sesama kita supaya berhati-hati ketika melintas di jalan raya mesir ini, kita tak mampu nak kawal orang arab, tapi kita kena sentiasa mengingatkan sesama kita” pesanan TYT Zamani Bin Ismail kepada seluruh mahasiswa berikutan 4 kes Kemalangan berturut-turut dalam tempoh kurang sebulan melintas di jalan raya sekitar hayyu asyir ini.
Turut memenuhi jemputan kali ini, Pegawai Atase Negeri Selangor Ust Zulhusni Bin Abdul Rashid & keluarga, pimpinan pelajar daripada persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Mesir, YADIM dan HALUAN serta lebih daripada 400 mahasiswa & mahasiswi dari pelbagai negeri menikmati juadah yang disediakan.
Isma Mesir berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir berkunjung ke majlis ini, terutamanya dari TYT Kedutaan, atase selangor & perwakilan persatuan.
Harapan majlis kali ini mampu menyatukan & mengeratkan hubungan seluruh mahasiswa & mahasiswi agar kesatuan & persepakatan ini dapat mengangkat agenda ummah di Malaysia kelak.
#SAFI23 #Ismamesir #JiwakuatPimpinmasyarakat