
Kaherah, 12 April 2023 : Tepat jam 1.20 petang, salah seorang ahli Isma Kaherah, Ustaz Muhammad Iqbal Bin Mohd Annuar telah selamat berlepas pulang Back For Good (BFG) ke tanah air.
Anak kelahiran pahang ini telah menamatkan sijil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang syariah islamiah, Universiti Al-Azhar pada sesi 2022.
Beliau turut menabur bakti kepada seluruh mahasiswa kaherah terutama dalam aspek pembelajaran dan beberapa kali dilantik sebagai jawatankuasa pelbagai program kemasyarakatan bersama ahli Isma Kaherah yang lain.
Berhembus bayu angin mengilir,
Sejuknya hingga keujung pohon,
Sambutlah salam pesan terakhir,
Kusampaikan melalui untaian pantun.
Jalan malam memakai suluh,
Berkunjung sebentar dirumah teliti mamat,
Angkatkan tangan jari sepuluh,
Minta doa agar selamat.
Seluruh ahli Isma Mesir mendoakan semoga beliau terus teguh menempuhi cabaran dakwah di Malaysia, dan diharapkan kepulangan beliau ini menjadi satu inspirasi buat seluruh mahasiswa Azhari dan terus menyumbang kepada ummah.
#bfg #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat