
Kaherah, 21 Februari 2023 “setinggi-tinggi melambung, surutnya ke tanah juga”. Begitulah gambaran kehidupan mahasiswa di perantauan buat keluarga Ustaz Akram bin Zulkifli dan pasangannya Ustazah Nur Khairunnisa’ Binti Mohamad di bumi Anbiya’.
Ustaz Akram bergraduan usuluddin syukbah tafsir di Universiti Al-Azhar pernah memegang sebagai Setiausaha Media Isma Mesir dan banyak menabur bakti kepada gerak kerja media sebagai pereka grafik.
Manakala, Ustazah Khairunnisa’ Binti Mohamad pula merupakan anak kelahiran negeri kedah yang merupakan seorang graduan Usuluddin (Syukbah Tafsir) Universiti Al Azhar.
Kedua-dua pasangan mawaddah ini dipertemukan pada tahun 2020 lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Mereka telah berangkat pulang ke tanah air pada jam 12 tengahari tadi.
Seluruh aktivitis Isma Mesir mengucapkan ribuan penghargaan buat keluarga qudwah ini dan diharapkan menjadi aset dan permata ummah di Malaysia kelak. Kepulangan keluarga murabbi ini diharap menjadi inspirasi dan qudwah buat ahli Isma Mesir dan seluruh mahasiswa di Mesir agar terus tekun dalam menulusuri perjalanan tarbiah di bumi Mesir ini.
#Bfg #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat