Blog Isma Mesir

Angka Korban Gempa Bumi Turkiye-Syria Melebihi 33,000 Mangsa

February 13, 2023

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata “Dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Turki minggu ini adalah tiga kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi Marmara 1999 di barat laut negara itu”.

Angka korban akibat kejadian gempa bumi di Turkiye meningkat kepada 24,600 mangsa manakala di Syria sahaja, jumlah mangsa maut kini melebihi 3,500 mangsa. 

Gempa berkembar yang melanda 10 daerah di Turkiye pada Isnin setakat ini telah menyebabkan lebih 12,000 bangunan runtuh serta rosak.

Negara Turkiye satu-satunya negara Umat Islam yang berperanan sebagai Bapa kepada Dunia Islam kerana sentiasa memperjuangkan isu Umat Islam yang lain termasuk Malaysia.

Semoga Allah SWT merahmati mangsa yang terkorban dan memudahkan urusan ahli keluarga mereka, para mangsa yang cedera serta semua semua pasukan penyelamat yang hadir dari seluruh dunia.

Sumber : Astro Awani

#GempaBumiTurkiye #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini