
“Kita lihat betapa beratnya Nabi Musa A.S nak menerima wahyu sehingga kena mendaki bukit dan pengsan” antara kalam taujihat Pengarah Program, Ustaz Musab Umairi Bin Zaharuddin.
Seramai 58 peserta menjejaki ibrah kisah para anbiya’ di Mesir yang sangat bermakna sepanjang mengikuti XPDC Tarbawi 2.0 yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma Mesir) di sekitar kawasan Selatan Sinai, Mesir.
Program ini berjaya mewujudkan rasa kebersamaan antara peserta disamping menjadikan ia sebuah percutian musim sejuk yang bermanfaat bagi mereka selepas menempuh fatrah imtihan pada bulan januari yang lepas.
Permulaan misi XPDC ini dengan memasuki terowong Terusan Suez yang merupakan terusan antarabangsa buatan manusia yang terbesar di dunia. Kemudian, memperlihatkan tinggalan sejarah peperangan antara Mesir dan Israel yang dinamakan peperangan 6 Oktober pada tahun 1973 dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Akhir sekali, misi menawan Bukit Tursina dan menziarahi makam Nabi Harun A.S serta Samiri.
Program ekspidisi ini telah dihadiri penuntut di pelbagai universiti di Mesir termasuk Universiti Al Azhar As Syarif.
Semoga perjalanan ekspidisi ini dapat menjadikan kesemua peserta menghayati ibrah kisah pengorbanan dakwah Nabi Musa A.S & Nabi Harun A.S. dijadikan sebagai pedoman sepanjang menuntut ilmu di bumi Anbiya’ ini.
#XPDCTarbawi2.0 #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakatu
