
Kaherah, 28 November 2022 – “Apabila kita ada impian yang besar untuk menghasilkan sesuatu perkara, buat sampai habis. Kadang-kadang ada satu impian, tetapi kita kena sabar dan ikut prosesnya dengan betul, baru impian kita akan tercapai” itulah kalam taujihat yang dikongsi beliau sewaktu majlis haflah wida’ bersama seluruh aktivitis Isma Mesir.
Tepat jam 5.00 pagi tadi, seorang aktivitis Isma Mesir Kaherah, Ustaz Ahmad Shahir Bin Samsuddin telah selamat berlepas pulang Back For Good (BFG) ke tanah air.
Beliau telah menamatkan sijil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar pada tahun ini.
Anak kelahiran Kedah ini telah banyak menabur bakti kepada seluruh mahasiswa Kaherah. Beliau yang beperwatakan ringan tulang dan mahir dalam bidang pertukangan, perkakas elektrik dan sebagainya sering membantu mahasiswa yang lain.
Majlis wida’ beliau pula telah diadakan bagi meraikan kejayaan beliau dalam pembelajarannya dan menghargai sumbangannya serta meraikan kepulangan beliau ke tanah air.
Justeru, Isma Mesir sentiasa mendoakan semoga beliau dan seluruh mahasiswa yang lain terus teguh menempuhi cabaran dakwah di Malaysia dan diharapkan kepulangan beliau menjadi satu aspirasi buat seluruh pelajar yang masih mengharungi kehidupan di bumi Mesir ini. Teruskanlah mencipta kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.
#Bfg #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat