Blog Isma Mesir

Isma Mesir Komited Melakar Kecemerlangan

November 27, 2022

Iskandariah, Khamis 24 November 2022,  seorang aktivitis Isma Mesir cawangan Iskandariah, Saudara Hilmi Bin Rosli berjaya merangkul segulung ijazah sarjana muda dalam bidang Bachelor of Medical and Bachelor of Surgery (MBBS) di Majlis Graduasi Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah, Mesir.

Anak kelahiran Perlis ini merupakan ahli aktif Isma Mesir yang pernah meraih tokoh pengkaderan pada sesi 2018 kerana banyak menganjurkan program kemasyarakatan bersama para mahasiswa di Iskandariah.

Isma Mesir sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya buat seluruh graduan perubatan Universiti Iskandariah dan berharap agar kejayaan ini dapat membakar semangat seluruh mahasiswa lain supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar mampu berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia kelak.

#IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini